1 syawal 1429, pagi nirmala.
Perbualan kami sekeluarga hari itu bermula selepas solat sunat hari raya.
"Ayah, selamat hari raya. cemana raya kat sana? ", kami bertanya. "hmmm.. ntah lah. tapi tadi ayah gi sembahyang raya pakai
uniform kerja.... ", jawab ayah ringkas.
uniform kerja.... ", jawab ayah ringkas.
Ini merupakan aidilfitri kami yang kedua tanpa ayah di sisi kerana bertugas selama 2 bulan di perbatasan. Teringat kembali ketika pertama kali beraya tanpa ayah. Ketika itu aku berusia 10 tahun. Ayah telah mengirimkan kad raya untukku beralamatkan sekolahku. Guru kelasku, Puan Salina yang membacanya untukku. Yang lucunya, dia mengalirkan air mata lantas memeluk aku yang belum sempat membacanya. Terpinga-pinga seketika apabila dipeluk guru yang menangis. "Kesian kamu. " kata cikgu dalam esaknya.
Tapi itu kisah 13 tahun dulu.
Aidilfitri kami kali ini agak sederhana, namun kemeriahannya tetap terasa. Kami pulang ke kampung sebelah ayah untuk menjenguk atok yang semakin uzur, mewakili ayah yang tidak dapat pulang berhari raya tahun itu.
Emak lebih banyak termenung pada raya kali ini. Rindukan ayah barangkali. Mungkin juga emak terkenangkan hari rayanya bersama-sama arwah ibu dan bapanya (arwah atok dan nenek kami) yang sudah lama pergi.
walaupun begitu, aku bersyukur kerana masih berpeluang menyambut aidilfitri bersama keluarga, terutamanya ayah (walaupun dipisahkan oleh jarak) dan ibu. Dibandingkan dengan rakan-rakanku yang sudah kematian ayah atau ibu, aku jauh lebih bertuah. Syukur alhamdulillah.. Aku akan menghargai peluang yang ada.

“Ketahuilah sesungguhnya Allah tidak memakbulkan doa
yang datang dari hati yang lalai”
[Riwayat al-Hakim dan al-Tirmidhi yang menghasankannya]
yang datang dari hati yang lalai”
[Riwayat al-Hakim dan al-Tirmidhi yang menghasankannya]
" we never know how much we love someone until they are gone..."
Aku tidak mahu tergolong dalam orang yang tidak tahu menghargai orang yang kita sayangi, yang tidak tahu sedalam mana kasih ayah dan ibu, yang mensia-siakan pengorbanan mereka yang dipanggil ayah dan ibu. aku tidak mahu. [ Tuhan, ingatkan aku... ]
Buat rakan-rakan di luar sana, hargai, sayangi, kasihilah mereka selagi mereka masih ada, walau di mana jua berada. Di hari raya ini, jangan lupa memohon ampun dan maaf seikhlas hati.

Manusia lain mungkin boleh memaafkan, tetapi maafnya sukar menambah kasih. Tiada makhluk yang mampu mengambil acuan itu… memaafkan, dan seterusnya menyayangi. Malah lebih kerap seorang insan terpaksa memaafkan insan yang lain, akan menjadikan hubungan semakin hambar dan tawar.
Kecuali orang tua kita.
Salam aidilfitri.
p/s : perenggan yang berwarna kuning dipetik dari saifulislam.com
2 comments:
bile bc entry ima yg ni mcm baca cerpen lak..hehe ade bakat terpendam ni.uhuh..
salam aidilfitri..
same here..minta maaf juga kalo ade slh silap yek..kite 0-0 . . hehe..
p/s: tgk x iklan raya tm kali ni. kene ngan tema entry imaa laa..:P
ahaha.. nih cerpen edisi terhad aidilfitri tau =p
same here.. 0-0 gak ^^
p/s : iklan tm sgt best. iklan petronas cm 'kureng' sket thn nih..heh
Post a Comment