Malam itu aku tidak dapat melelapkan mata. Hati terasa risau dan gelisah menanti hari esok. Tak pasti kenapa.
Namun, aku berharap segalanya berjalan lancar di majlis pernikahan esok.
26 Dec,2009. Sabtu. 11.20 am, Masjid UKM, Bangi.
Teman baikku sejak di tingkatan 4, anisa...telah selamat diijabkabulkan dengan pilihan hatinya, ando.
Nisa nampak berseri-seri, bak kata orang.."seri pengantin" *smile
Hati rasa sangat-sangat gembira dan terharu kerana teman baikku kini telah melangkah ke satu alam yang baru dalam hidupnya, iaitu alam perkahwinan. Tuhan, bimbing dan berilah kekuatan untuknya menjadi isteri solehah. ~amin
apabila dua hati bertemu kerana satu tujuan iaitu Allah swt,
itulah yang dinamakan kebahagiaan.
*smile
teman-teman rapat yang hadir di majlis penikahan.
itulah yang dinamakan kebahagiaan.
*smile
teman-teman rapat yang hadir di majlis penikahan.
27 Dec,2009. Ahad. 11.40 am, Bangi.
Melihat mak andam menyiapkan temanku. Menemani dan membantu sekadar yang perlu. Suasana ketika menyiapkan pengantin agak kelakar bercampur kecoh, kabut dan ceria...hehe... seronok sangat..!!
tadaa....!!! cantik kan?
selamat pengantin baru anisa & ando.
semoga bahagia sampai ke syurga.
p/s: buat ando, sayangi dan lindungilah dia sepenuh hati. bimbinglah dia menuju ke syurga Ilahi. aku di sini sentiasa mendoakan.