Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Blogger Template From:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Saturday, December 05, 2009

:: Bahagia sampai ke syurga ::

current mood : serene + happy
current song : Kau kawan, sahabat dan teman by UNIC


Aku selalu percaya bahawa sahabat karib itu tercipta dari sebuah kepercayaan dan takdir Tuhan. Mempunyai kawan yang ramai tidak bermakna semuanya adalah sahabat karib. Sahabat karib padaku, tidak semestinya harus saling bertemu atau bertegur sapa. Adakalanya, kawan kita itu jauh di mata. Biar jarang berutus khabar berita, namun nama sahabat karib itu selalu disebut-sebut dalam doa.

Aku bersyukur dan bertuah kerana mempunyai sahabat-sahabat yang mengingatkan aku kepada Tuhan apabila melihat wajahnya, membuatkan aku menginsafi diri bila berbicara dengannya, dan membuatkan aku ingin menambah amalan tatkala melihat tingkah lakunya. Alhamdulillah... *smile

Aku berasa sungguh bertuah, namun kadangkala terlintas di fikiranku...adakah mereka juga berasa begitu? Bertuah mengenali/memiliku teman seperti aku?


Buat sahabat-sahabatku, terima kasih kerana membuat diri ini terasa bererti.
Aku gembira dan syukur buat kalian.
Akan aku cuba kotakan janjiku.
Seperti yang pernah kita sama-sama angankan suatu ketika dulu.
Nantikan aku di halaman rumah kalian, insha-Allah.
Semoga bahagia sampai ke syurga.


p/s : mendapat ilham setelah membaca bicara kak sue dan encik sangpelangi tentang sahabat karib mereka. *smile


 

Text